Sultan Johor sempurnakan sidang pertama Istiadat Konvokesyen Ke-17 UTHM

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim IbniAlmarhum Sultan Iskandar selaku Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan ucapan tahniah kepada graduan yang Berjaya menamatkan pengajian masing-masing...
istiadat uthm

Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim IbniAlmarhum Sultan Iskandar selaku Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merakamkan ucapan tahniah kepada graduan yang Berjaya menamatkan pengajian masing-masing ketika bertitah dalam siding pertama Istiadat Konvokesyen yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim pada 14 Oktober.

Tuanku Canselor mengingatkan graduan agar tidak mensia-siakan masa dan tenaga yang ada dan tidak terlalu memilih pekerjaan selain berusaha dengan lebih gigih untuk menambahkan lagi pengalaman bekerja.

“Mulakan bekerja dari bawah, bukan memilih hendak terus duduk di atas ijazah yang saudara saudari ada kerana ianya tidak akan menjanjikan pekerjaan yang baik atau pendapatan yang lumayan jika tidak disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh” titah baginda.

Istiadat Konvokesyen kali ke-17 ini menyaksikan seramai 4272 orang siswazah menerima sijil masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsafah (81), Sarjana (341), Sarjana Muda (3260) dan Diploma (590).Beberapa anugerah seperti Anugerah DiRaja (Pingat Jaya Cemerlang), Anugerah Canselor, Anugerah Sultan Ibrahim, Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka HjhAishah Ghani, Anugerah Hadiah Buku Yayasan UTHM, Anugerah Projek Sarjana Muda Terbaik, Anugerah Khas Alumni UTHM (kategori Pelajar), Anugerah Board of Engineers Malaysia (BEM) dan Anugerah UTHM Holdings turut diberikan kepada graduan terpilih.

Sidang dewan juga menyaksikan penganugerahan Ijazah KehormatDoktorFalsafah (KejuruteraanElektrik) kepada pakar dalam bidang Internet of Things (IoT) iaitu Dr. Mazlan bin Abbas bagi menghargai penglibatan dan sumbangan beliau dalam dunia pendidikan tinggi, industri, komuniti dan kepimpinan teknologi dan inovasi.

Sementara, KetuaSetiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang juga Pro-Canselor UTHM menyempurnakan sidang kedua Majlis Konvokesyen yang telah berlangsung pada jam 2.00 petang, hari yang sama.

Dengan berlangsungnya istiadat konvokesyen kali ke-17 ini maka jumlah alumni UTHM akan mencatatkan penambahan menjadikan bilangannya sebanyak 34 973 alumni.

istiadat uthm

 

Categories
Berita Umum

RELATED ARTICLE