Lapan Pegawai Kadet Siswa dan Pegawai Tauliah Siswa APM UTHM termasuk dua Pegawai Bersekutu, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai program Mobiliti Pelajar ke luar negara (Indonesia) di bawah program khas Kebolehpasaran Graduan dibawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar yang telah diadakan pada 17 hingga 20 Oktober 2017 lalu.

Program ini diketuai oleh wakil pelajar Siswa APM UTHM iaitu pegawai tauliah Lt. Muda (PA) Davies Anak Gendum bersama tujuh pegawai tauliah yang lain. Mejar Bersekutu (PA) Norza Iskandar Helmi Abdullah selaku Ketua Delegasi bersama Mejar Bersekutu (PA) Tuan Mohd Hafeez Tuan Ibrahim turut bersama sebagai pegawai pengiring. Ini merupakan siri ke tujuh Pasukan Siswa APM UTHM ke luar negara sejak dari tahun 2011.

Antara pengisian program mobiliti ini ialah aktiviti lawatan kerja ke Bantuan Mengenai pengurusan Bencana (AHA Centre), Badan Nasional Penanggulan Bencana (BNPB), Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS), Dinas Pemadam Kebakaran dan Penanggulangan Bencana (Damkar dan PB) DKI Jakarta dan melawat muzium Dinas Pemadam Kebakaran dan Penanggulangan Bencana yang berada di kantor wilayah timur dan Dinas Kantor Jakarta Wilayah Timur serta lawatan ke Palang Merah Indonesia (PMI) HQ.

Program mobiliti antarabangsa ini adalah selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) supaya setiap Universiti Awam (UA) menyediakan kursus soft skill kepada graduan supaya mereka berkeupayaan untuk memenuhi persaingan dalam pasaran kerja yang semakin mencabar. Kemahiran dan soft skill yang ada dalam diri pelajar akan menjadi nilai tambah dan mampu menarik minat majikan untuk mengambil mereka bekerja.

Program mobiliti seumpama ini dapat menguji peserta dari aspek ketahanan mental, fizikal, rohani dan disiplin diri, kreativiti, memberi input terhadap pengurusan organisasi dan kepimpinan, kemahiran berkomunikasi, etika dan moral professional dan membuat keputusan di samping membentuk semangat berpasukan serta dapat membangunkan mentaliti mereka ke arah pembangunan insan secara telus dan efektif.

Program Mobiliti ini sangat bermanfaat yang mana peserta dapat mempelajari budaya dan pertahanan awam di Indonesia selaras dengan objektif pelaksanaan program yang telah dilaksanakan oleh universiti, maka penghayatan nilai-nilai murni merupakan teras ke arah mencapai KI yang cemerlang.

sispa 17