UTEM Indoor Rowing Championship 2017 menyaksikan pasukan UTHM Barracuda memonopoli pingat emas yang di pertandingkan bagi membuktikan kekuatan pasukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam acara sukan Indoor Rowing di peringkat kebangsaan.

Kejohanan yang berlangsung selama tiga hari bermula pada 8 hingga 10 September 2017 bertempat di MIBC Ayer Keroh Melaka turut disertai sebanyak 12 pasukan yang bertanding mewakili universiti, sekolah dan kelab pasukan negeri.

Pengumpulan pingat UTHM bermula pada acara IPT Light Weight Women 2k yang mana pasukan UTHM berjaya menguasai kategori ini dengan merangkul pingat emas, perak dan gangsa menerusi atlit pendayung UTHM Ng Yin Hui (emas), Nur Ratna Su’ai@Suani (perak) dan Sharifah Sakinah Syed Abd Halim (gangsa).

Kecemerlangan pasukan UTHM menguasai podium bagi merangkul tiga tempat teratas diteruskan dengan penguasaan acara kategori Open Light Weight Women 2k dan Open Light Weight Men 2k yang disumbangkan oleh Nur Dini Hazwani Sumeri (emas), Fasiraturradiyah Supari (perak) Nurul Izzati Rahim (gangsa), Mohd Arif Ashraf Mohd Rusok (emas), Amirul Asyraf Mohd Bekeri (perak) dan Muhammad Afiq Zurkifli (gangsa).

Lain-lain pingat emas UTHM disumbangkan oleh Syarifah Che Mahadi (IPT Women 2K), Mohammad Firman Mohd Firdaus Tan (IPT Light Weight Men 2k), Syarifah Che Mahadi, Ng Yin Hui , Nur Ratna Su’ai@Suani dan Sharifah Sakinah Syed Abd Halim (IPT Women Relay 2K), Muhamed Ridhwan, Muhammad Khasful Rahman Zakaria, Mohammad Firman Mohd Firdaus Tan, Zarif Zufayri Rosli (IPT Men Relay 2k). Keseluruhan pasukan UTHM berjaya membawa pulang tujuh emas, enam perak dan enam gangsa daripada 11 acara yang disertai.

Kejayaan pasukan UTHM dalam UTEM Indoor Rowing Championship 2017 adalah sebagai persiapan awal bagi menghadapi kejohanan utama dalan kalendar sukan air MASUM iaitu Varsity Boat Race 2017 peringkat antarabangsa yang akan berlangsung pada 3 hingga 8 Oktober 2017 bertempat di Bukit Merah Lake Town Resort, Perak. Semoga kejayaan ini akan jadi pemangkin untuk pasukan UTHM menambah koleksi pingat bagi mencipta kemenangan dalam kejohanan-kejohanan yang lebih besar dan berprestij.

rowing utem