UTHM Barracuda raih Juara lagi di Kejohanan Sukan Air Masum 2017 

Pasukan Rowing Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Barracuda beraksi cemerlang untuk muncul Juara Keseluruhan buat kali ke empat di Kejohanan Sukan Air MASUM 2017 yang berlangsung pada 5...
rowing 5

Pasukan Rowing Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Barracuda beraksi cemerlang untuk muncul Juara Keseluruhan buat kali ke empat di Kejohanan Sukan Air MASUM 2017 yang berlangsung pada 5 hingga 8 April 2017 bertempat di Lake Town Resort Bukit Merah Perak. Kejohanan yang berlangsung selama empat hari melibatkan empat acara sukan air iaitu acara mendayung lelaki dan wanita serta kayak lelaki dan wanita melibatkn 15 pasukan universiti yang menyertai kejohanan ini dan sebanyak 10 pingat emas menjadi rebutan atlit-atlit sukan air pada kejohanan kali ini.

Selaku Juara bertahan pasukan UTHM Barracuda berjaya mengekalkan prestasi untuk muncul juara bagi kategori Mendayung Lelaki dengan membawa pulang 2 pingat emas menerusi acara Men’s Single Scull (M1X) dan Men’s Four (M4-) bagi pingat gangsa menerusi acara Lightweight Men’s Double Scull (LM2X). Bagi kategori wanita pasukan UTHM muncul naib juara keseluruhan dengan membawa pulang satu emas menerusi acara Women’s Four (W4-) dan satu gangsa bagi kategori Women’s Single Scull (W1X). Pasukan kayak UTHM juga tidak menghampakan apabila berjaya membawa pulang satu pingat perak yang disumbang oleh pasangan bakat baru kayak wanita menerusi acara Women Double TK2. Keseluruhan pencapaian pasukan UTHM Barracuda berjaya membawa pulang tiga emas satu perak dan dua gangsa.

Kejohanan sukan air ini tidak dipertandingan pada tahun 2016 namun pada tahun 2016 pasukan UTHM Barracuda muncul Pasukan IPT tempatan terbaik keseluruhan dalam kejohanan Varsity Boat Race Peringkat Antarabangsa dalam acara Rowing Lelaki dan Wanita. Pada tahun 2017 persiapan awal bermula seawal November 2016 dengan pelbagai program dan aktiviti yang dirancang oleh pasukan UTHM Barracuda antaranya program pencarian bakat baru, latihan harian dan mingguan serta latihan pusat yang telah di adakan bagi memantapkan pasukan sebagai persediaan awal kejohanan.

Kejayaan yang sentiasa jadi buruan dan impian pasukan ini telah disematkan pada setiap atlit UTHM untuk Pusat Sukan lahirkan juara menerusi pelbagai program yang diaturkan untuk semua sukan di UTHM bagi melahirkan juara From Zero to Hero dengan kerjasama dari semua pihak yang membantu melahirkan juara sukan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.

Pusat Sukan UTHM amat berterima kasih kepada pengurus-pengurus pasukan, jurulatih, penyelaras yang banyak membantu dalam segala aktiviti dan program yang dijalankan dan juga kepada atlit yang banyak berkorban masa serta wang ringgit demi meraih pingat untuk universiti.

rowing 5

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanSukan

RELATED ARTICLE