Bendera Malaysia dan UTHM berkibar megah di Kowloon Park Sports Centre Hong Kong vanue berlangsungnya Kejohanan Hong Kong Indoor Rowing Championship & Charity 2017 yang menjadi tumpuan bagi peminat-peminat sukan indoor rowing seluruh Asia termasuk pasukan UTHM Barracuda yang membawa nama Malaysia dan Universiti sebagai wakil tunggal dari Malaysia di kejohanan tersebut. Kejohanan yang telah berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2017 telah berjaya menarik minat hampir 1,000 peserta  terdiri dari kelab-kelab handalan, badan-badan kerajaan dan universiti-universiti dari Hong Kong, Asia serta dari Negara-negara luar. Sebanyak 41 kategori telah dipertandingkan  pada kejohanan berprestij tinggi peringkat antarabangsa kali ini yang di anjurkan setiap tahun oleh The Hong Kong, China Rowing Association (HKCRA).
Sasaran untuk mengulang kejayaan yang sama pada tahun 2014 untuk meraih satu pingat emas telah berjaya di lakukan pada kejohanan kali ini apabila pasukan UTHM Barracuda memperolehi 1 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa. Pingat emas tunggal Pasukan UTHM diperolehi hasil gandingan mantap pasukan berempat UTHM menerusi acara menerusi Men’s Open Relay Institution 2000m yang diwakili oleh Mohd  Zulfadli   Rozali, Muhamed Ridhwan Yaacob, Ahmad Nurhadi Aziz Roslan dan Muhamad Khasful Rahman Zakaria manakala 2 pingat perak pula telah dimenangi oleh jagoan UTHM Mohd Zulfadli Rozali bagi kategori Men’s Open Individual 500m dan Women’s Open Individual 500m yang diwakili oleh Syarifah Che Mahadi. Untuk 2 pingat gangsa telah disumbang oleh pasukan berempat UTHM bagi kategori Men’s Open Relay Institution yang dibarisi oleh pasukan pelapis UTHM iaitu Mohammad Firman Mohd Firdaus Tan, Alif Izzani Zainol Adnan, Muhammad Afiq Zulkifli serta Zufayri Rosli dan 1 pingat gangsa menerusi pasukan berempat UTHM bagi kategori Men Open Relay Rowing, Canoeing &Club 2000m yang turut di barisi oleh Mohd  Zulfadli   Rozali, Muhamed Ridhwan Yaacob, Ahmad Nurhadi Aziz Roslan dan Muhamad Khasful Rahman Zakaria.
Pasukan UTHM Barracuda telah dibarisi seramai 14 orang atlit terdiri daripada 8 orang lelaki dan 6 orang wanita dan turut mengiringi pasukan iaitu penyelaras pasukan air UTHM En.Shaid bin Jaffar. Kejayaan ini adalah hasil usaha latihan yang berpanjangan dan displin yang tinggi yang menjadi faktor utama kejayaan pasukan UTHM Barracuda  di bawah pengawasan Pusat Sukan serta bimbingan jurulatih pasukan En.Muhaammad Afiq Johari dan dibantu oleh atlit berpengalaman UTHM yang banyak mencipta nama dan kejayaan dalam sukan ini iaitu Zulfadli Rozali serta pengurus pasukan Faridah Zahirah Ismail yang menjadi tulang belakang kejayaan pasukan UTHM.
Kami staf Pusat Sukan khususnya dan warga UTHM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Pasukan UTHM Barracuda dalam mengharumkan nama Malaysia dan UTHM di persada sukan antarabangsa. Semoga kejayaan yang berterusan sentiasa akan dicipta oleh UTHM menerusi sukan di masa akan datang.