“Youth Action Save Our Nature” Di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Maokil, Labis Segamat

Pada 7 Mei, program “Youth Action Save Our Nature” telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Maokil, Labis Segamat. Seramai 83 pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma, 50 orang pelajar dari Sekolah...
Youth Action Save Our Nature
Youth Action Save Our Nature

Pada 7 Mei, program “Youth Action Save Our Nature” telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Maokil, Labis Segamat. Seramai 83 pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma, 50 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Maokil, Labis Segamat yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1-3 dan 4 orang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai program tersebut. Program tersebut telah berlangsung dari jam 6.30 pagi sehingga 6.00 petang. Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program berlangsung ialah demonstrasi baja kompos dan pengasingan sisa, pembentangan sistem fertigasi, menanam pokok, membuat simenfero dan mengecat surau.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi peluang kepada universiti melalui peserta khidmat masyarakat berkongsi ilmu, maklumat, pengalaman dan kemahiran yang dimiliki warga kampus, membantu universiti mempromosikan UTHM, graduan-graduan dan warganya di dalam daerah-daerah di negeri Johor khususnya dan Malaysia amnya dan menggembleng amalan perkhidmatan kesukarelaan, membentuk jati diri, menyemarakkan iltizam dan bersama berganding bahu antara universiti dan masyarakat dalam melaksanakan aktiviti kebajikan yang bercorak pendampingan sosial dalam menangani masalah sosial masa kini sejajar dengan konsep “kebajikan tanggungjawab bersama”. Kos untuk program tersebut adalah sebanyak RM830.

Mencantikkan Landskap Surau

Mencantikkan Landskap Surau

Menanam Pokok

Menanam Pokok

Membina Laluan Pejalan Kaki

Membina Laluan Pejalan Kaki

Mengecat Surau

Mengecat Surau

Categories
Sosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE