Batu Pahat – Bagi mengeratkan hubungan bersama penduduk setempat, Seramai 23 pelajar termasuk pensyarah daripada Pusat Penyelidikan Pemesinan Jitu (PREMACH), Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai program gotong-royong perdana anjuran Kariah Masjid Seri Sabak Uni pada 19 Mei lalu.
Program yang dipengerusikan oleh Haji Ashari ini bermula jam 8 pagi hingga 11 pagi dan dijalankan secara terbuka yang turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid serta penduduk sekitar. Haji Ashari telah menyerahkan tugas membersihkan bahagian dalaman masjid kepada ahli-ahli PREMACH meliputi kerja-kerja mengelap cermin pintu serta tingkap masjid, menyusun kitab-kitab dan Al-Quran, menyampul semula kulit kitab terjemahan Al-Quran, dan pembersihan debu bahagian dalam masjid. Manakala pihak AJK masjid dan penduduk sekitar menumpukan kerja gotong-royong di kawasan luar masjid, tempat wuduk dan tandas.
Aktiviti yang dijalankan secara santai dan mesra antara AJK masjid, penduduk sekitar dan ahli-ahli PREMACH ini dilihat dapat memupuk semangat kerjasama dan rasa tanggungjawap yang seharusnya diterapkan dalam amalan seharian.
Menurut Haji Ashari program gotong-royong ini juga merupakan khidmat masyarakat yang secara amnya dapat mendekatkan masyarakat dengan masjid dan secara khususnya mendekatkan diri kepada Allah.Beliau berharap program kejasama seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.
Sijil penyertaan telah diserahkan untuk semua ahli PREMACH yang hadir sebagai tanda penghargaan.
Gotong-Royong Masjid Seri Sabak Uni
Gotong-Royong Masjid Seri Sabak Uni