Pada 25 Mac & 4 Mei 2017, “Total English Language Immersion Camp (TELIC)” telah diadakan di dua buah sekolah iaitu SK Seri Ladang, Rengit dan SMK Tinggi, Batu Pahat. Seramai 16 orang pelajar UTHM, 16 staf serta 30 orang pelajar SK Seri Ladang telah terlibat dengan program yang berlangsung di SK Seri Ladang, Rengit untuk Total English Language Immersion Camp (TELIC) 1. Manakala program yang berlangsung di SMK Tinggi, Batu Pahat untuk Total English Language Immersion Camp (TELIC) 2, seramai 13 orang pelajar UTHM, 16 staf serta 70 orang pelajar SMK Tinggi telah terlibat. Program tersebut bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar cara yang menyeronokkan untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Kos untuk program tersebut adalah sebanyak RM500.

5 6