Pada 11 Mei 2017, bertempat di Sekolah Menengah Sultan Abdul Jalil, FSTPi dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Kluang telah menganjurkan STEM ini dengan di sertai 28 sekolah menengah di sekitar daerah Kluang. Seramai 15 orang pelajar dan 7 orang staf telah terlibat dengan program tersebut. Pameran program “Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) Road Tour Kluang” merupakan satu langkah pro-aktif untuk menjayakan dasar 60:40 aliran STEM:bukan STEM.  Pendekatan pembelajaran aktif program ini mempunyai unsur penerapan kemahiran abad ke 21 untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kerjaya dalam STEM. Melalui program STEM ini, UTHM mampu untuk berkongsi penyelidikan canggih dengan masyarakat dan pelajar luar. Rasional bagi program ini adalah untuk mencapai hasrat negara bagi menjadi negara berteraskan sains dan teknologi. Lanjutan daripada itu, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan sasaran nisbah 60:40 pengambilan pelajar aliran kemanusiaan dan sosial untuk meningkatkan penyertaan pelajar dalam aliran sains dan teknologi. Pengambilan mengikut nisbah ini tidak terhad di peringkat sekolah sahaja tetapi di peringkat universiti juga.

2 3