Program Interaksi dan Apresiasi Fauna

Program Interaksi dan Apreasiasi Fuana merupakan program berbentuk khidmat masyarakat. Objektif utama program adalah untuk mengeratkan hubungan dan khidmat kepada haiwan persekitaran. Antara aktiviti program ini adalah seperti pembersihan...
Program Interaksi dan Apreasiasi Fauna
Program Interaksi dan Apreasiasi Fauna

Program Interaksi dan Apreasiasi Fuana merupakan program berbentuk khidmat masyarakat. Objektif utama program adalah untuk mengeratkan hubungan dan khidmat kepada haiwan persekitaran. Antara aktiviti program ini adalah seperti pembersihan persekitaran setempat, pengurusan dan penjagaan haiwan, merekabentuk binaan rumah haiwan.

Program ini berlansung dari 24 Mei hingga 26 Mei 2017 di Bandaraya Melaka bajet peruntukkan bagi menapung program ini yang diterima dari pihak HEP adalah sebanyak RM6560.00. Manakala dari pihak PPD adalah sebanyak RM1131.80. Selain itu komintmen dari staf sendiri.

Program ini melibatkan staf dari jabatan sains dan matematik yang perihatin terhadap ekosistem hidupan haiwan. Manakala, para pelajar yang terlibat dari program kejuruteraan awam bagi mengaplikasi kemahiran dalam merekabentuk binaan rumah haiwan. Pelbagai lapisan orang awam turut terlibat bagi program ini. Selain itu, para pelajar turut mempromasikan jom belajar di UTHM di sekitar Bandar Hilir Bandaraya Melaka. Program ini turut mendedahkan persekitaran fauna di dataran 1 Malaysia iaitu kepentingan memelihara keindahan pantai klebang Melaka dan juga rekabentuk inovasi bas lama yang dinaiktaraf menjadi pelbagai kedai seperti warung dan juga rumah penginapan.

Program ini dapat mendedahkan para pelajar dalam memupuk nilai kasih sayang dan keperihatinan terhadap haiwan. Serta bertanggungjawab memelihara dan memberi pelindungan haiwan. Selain itu, program ini juga dapat membuka ruang dan peluang untuk para pelajar meningkatkan sahsiah diri dan kepimpinan disamping menjana pemikiran rekabentuk binaan kreatif, kreatis dan berinovatif. Penjanaan ilmu sejarah Melaka dan penyebaran ilmu kejuruteraan rekabentuk binaan.

Program ini penting bagi melatih pelajar berkhidmat dan berbakti kepada fauna habitat haiwan iaitu dengan mengorientasikan warga kampus kepada kerja-kerja kesukarelawan dalam bidang kebajikan dan khidmat masyarakat. Melalui program seperti ini, para pelajar akan didedahkan dengan pelbagai kegiatan menjurus kepada kecemerlangan akademik, sahsiah terpuji dan kualiti kepimpinan untuk dimanfaatkan kepada diri dan masyarakat.

1 - Copy (2) 1 - Copy
1
Categories
Sosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE