Perkongsian ilmu dan kepakaran dalam Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures

Ahli akademik dan industri kongsi ilmu dan kepakaran dalam Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures 2017. Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures 2017 telah diadakan...
Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures
Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures
Ahli akademik dan industri kongsi ilmu dan kepakaran dalam Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures 2017.
Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures 2017 telah diadakan pada 16 Mei 2017 di Dewan CREaTE, Jabatan Kerja Raya (JKR), Alor Gajah, Melaka. Seminar ini dianjurkan oleh UTHM Commercial Sdn. Bhd. (UCSB), Jamilus Research Center (JRC) Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), JKR.
Tujuan seminar ini adalah untuk berkongsi ilmu dan kepakaran di antara ahli akademik dan industri melalui penyelidikan dan memperluaskan rangkaian hubungan profesional terutamanya dalam bidang pembinaan dan pembaikan struktur konkrit. Seminar yang berlangsung selama sehari ini telah melibatkan penyampaian pembentangan oleh enam pakar dalam bidang berkaitan struktur dan konkrit yang merangkumi topik-topik berkenaan penggunaan bahan dalam konkrit, teknologi, kaedah dan teknik dalam pembaikan serta turut meliputi pemuliharaan struktur konkrit.
Antara pakar-pakar yang membentangkan kertas kerja ialah Profesor Madya Dr. A.S.M. Abdul Awal dari FKAAS, UTHM, Ir. Norazman Ismail  dari CREaTE JKR, Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dari Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Ir. Dr.. Abdul Aziz Dato’ Abdul Samad dari FKAAS, UTHM, Mr. Panam Singh dari RNC Technology (M) Sdn. Bhd. – Industri) dan Profesor Madya Dr. Mohd Hisbany Mohd Hashim dari Universiti Teknolgi MARA.
Seminar ini turut memberikan pendedahan kepada peserta berkenaan spesifikasi JKR dan reka bentuk piawaian berkaitan bagi pembaikan konkrit. Di akhir dari seminar tersebut, satu sesi soal jawab di antara peserta dan pembentang telah diadakan bagi berkongsi pendapat dan cadangan untuk menambah baik teknik dalam pembaikan dan pemuliharaan struktur konkrit.   Seramai lebih 80 orang peserta yang hadir pada seminar ini, terdiri daripada JKR, pihak industri, Universiti Awam, Universiti Swasta dan penyelidik dari agensi kerajaan dan swasta.
Secara keseluruhannya, seminar ini telah mencapai objektifnya iaitu terlaksananya perkongsian ilmu dan perkongsian hasil penyelidikan dalam kalangan ahli-ahli akademik dan industri ke atas kaedah dan teknik pembaikan dan pemuliharaan struktur konkrit.
Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures

Seminar Concrete Repair & Rehabilitation of Concrete Structures

Categories
AkademikKejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

RELATED ARTICLE