Kursus Pensijilan HALAL dan Industri Makanan HALAL di Malaysia

Pada 25 Mei 2017 bersamaan hari Selasa, semua pelajar tahun satu dan dua Teknologi Makanan telah menghadiri kursus berkaitan makanan halal bertajuk ‘Pensijilan Halal Dan Industri Makanan Halal di...
HALAL-PICTR 6

Pada 25 Mei 2017 bersamaan hari Selasa, semua pelajar tahun satu dan dua Teknologi Makanan telah menghadiri kursus berkaitan makanan halal bertajuk ‘Pensijilan Halal Dan Industri Makanan Halal di Malaysia’. Kursus ini telah diadakan di Bilik Seminar FSTPi, UTHM, Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Penceramah tiba tepat jam 8.30 pagi. Manakala seminar bermula pada jam 8.45 pagi. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan wakil pelajar iaitu Muhammad Amir bin Mohd Ruzi. Kemudian, pada jam 9 pagi, majlis diteruskan dengan ceramah yang disampaikan oleh Encik Mohd Mahzan bin Ibrahim. Beliau merupakan Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAIJ).

Semasa sesi ceramah berlangsung, Encik Mahzan telah banyak membincangkan mengenai keperluan industri dalam memohon sijil halal. Selain itu, beliau juga menerangkan tentang syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh sesebuah premis untuk mengekalkan sijil halal yang telah diperolehi. Halal merupakan satu perkataan yang merujuk kepada kebenaran menggunakan dan pengambilan sesuatu barangan yang dibenarkan dan diyakini sumbernya oleh islam, iaitu berlandaskan Syariah. Halal bukan sahaja merupakan satu konsep yang menitikberatkan kepada asas kehendak agama islam, iaitu kesucian, tetapi turut mengandungi aspek yang luas dari segi rohani dan jasmani seperti kebersihan, keselamatan dan kesihatan dari segi produk makanan, perkhimatan dan penjagaan diri.

Kandungan seminar yang disampaikan oleh Encik Mahzan diharapkan dapat memberi manfaat yang besar kepada para pelajar yang mana mereka telah diberi pendedahan tentang masalah-masalah yang sering berlaku dalam kalangan industri makanan halal di Malaysia. Seminar ini tamat pada jam 12 tengahari. Selepas itu, majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderamata kepada Encik Mahzan. Tepat jam 12.15 tengahari, semua pelajar bersurai.

Ceramah Halal

Ceramah Halal

HALAL-PICTR 2 HALAL-PICTR 3 HALAL-PICTR 4 HALAL-PICTR 5 HALAL-PICTR 6

Categories
Uncategorized

RELATED ARTICLE