Mahasiswa FPTV tabur bakti dalam Program CSR di Yong Peng, Batu Pahat

Seramai 22 orang sukarelawan dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada mahasiswa Program Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (BBG) telah mengadakan Program...
Program Corporate Social Responsibility (CSR)

Seramai 22 orang sukarelawan dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang terdiri daripada mahasiswa Program Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara (BBG) telah mengadakan Program Corporate Social Resposibility (CSR) bersama penduduk di Yong Peng Batu Pahat, Johor di 4 Mac lalu.

Program ini dianjurkan di bawah Duta Universiti iaitu Program Strategi Lautan Biru Kebangsaan 4 (NBOS4) di bawah kelolaan bersama dengan Pejabat Hubungan Universiti dan Industri (PHI) UTHM.

Aktiviti difokuskan kepada memberikan perkhidmatan menyelenggara sistem penyaman udara yang dipasang di lima buah surau iaitu Surau An-nur Jalan Lama, Surau Salasamakin, Surau An-Nur Taman Mewah, Suarau Al-Amin Taman Kota dan Surau Kg. Parit Selamat.

Pensyarah merangkap Penasihat program ini, Dr. Faizal Amin Nur Yunus berkata di samping memberikan perkhidmatan tersebut, mereka juga turut memberi penerangan, bimbingan dan mempraktikan secara ‘live’ kepada Ahli Jawatankuasa surau berkenaan mengenai kaedah menyelenggara sistem penyaman udara

“Mereka juga dilibatkan dalam aktiviti tersebut untuk memberikan pengalaman yang sukar mereka perolehi dengan bimbingan daripada pakar seperti Encik Khairul Fahmi Hj Ali, iaitu Penolong Jurutera yang turut sama menjayakan program ini,” katanya.

Program yang dijalankan bermula seawal 8.30 pagi itu dimulai dengan taklimat pelaksanaan oleh Penasihat Program dan seterusnya mahasiswa dibahagikan kepada lima kumpulan bagi menjalankan tugas masing – masing.

Di samping aktiviti penyelenggaraan sistem penyaman udara dan tunjuk ajar kepada Ahli Jawatankuasa yang terlibat, sebahagian mahasiswa turut bergotong royong membersihkan surau tersebut.

“Ianya dapat memberikan pengalaman kepada mereka dalam mentadbir urus rumah ibadah dan yang lebih penting lagi ialah mendidik mahasiswa mengendalikan sesuatu program di samping menerapkan kemahiran insaniah dalam diri mereka,” jelas beliau lagi.

Categories
Pendidikan Teknikal VokasionalSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE