Seramai 27 orang pelajar dan 8 orang staf daripada Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pusat Pengajian Diploma (CEDS) telah menyertai lawatan ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro Hidro UTHM dan menyertai program Kesedaran Alam Sekitar yang telah diadakan di Taman Negara Endau Rompin (PETA). Lawatan dan program tersebut berlangsung pada 7-9 April 2017. Kos untuk lawatan dan program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam adalah sebanyak RM8750.

Penerangan mikro hidro ( semua staf dan peserta program ). 7 April – Penerangan secara terperinci mengenai MIKRO HIDRO serta demonstrasi oleh penyelidik Mikro Hidro, En Azli Yusop.
1 8 April – Penerangan mengenai ikhtiar hidup serta perkongsian pengalaman oleh bekas komander ATM jemputan luar, En. Yusri Supandi.
1
9 April – Sesi penerangan oleh pegawai Taman Negara, En. Azam kepada peserta program mengenai maklumat TNJER (PETA).
8
9 April – Sesi lawatan ke pusat kraftangan orang asli di sekitar kawasan Kampung PETA. Penerangan diberikan oleh Pak Awang, pengusaha kraftangan.