Pada 23 April, program “Kelastarian Warisan Alam” telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, Parit Raja. Seramai 28 orang pelajar dari Pusat Pengajian Diploma, 40 orang pelajar Tingkatan 4 Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni dan 3 orang pensyarah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai program yang berlansung selama 7 jam. Program tersebut dijalankan dari jam 7.30 pagi sehingga jam 2.30 petang.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung ialah ice breaking, senamrobik, ceramah alam sekitar dan DIY. Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dan kefahaman terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar. Selain itu, menyemai peka dan bertanggungjawab dalam kalangan generasi muda tehadap isu-isu berkaitan alam sekitar juga merupakan tujuan program tersebut diadakan. Selain itu, program tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran mahasiswa dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu program yang memerlukan kerjasama daripada komuniti luar. Kos untuk program tersebut adalah sebanyak RM280.

Senamrobik
Senamrobik

DIY
DIY

Penyampaian Cenderahati
Penyampaian Cenderahati