Program “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama” diadakan pada 16 April 2017 bertempat di Taska Khalifah Junior UTHM. Seramai 30 orang pelajar daripada Pusat Pengajian Diploma, 60 orang pelajar Taska Khalifah Junior dan 3 orang pensyarah terlibat dalam menjayakan program tersebut. Program tersebut berlangsung selama 6 jam, dari jam 10.00 pagi sehingga jam 5.00 petang.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung ialah ice breaking, penerangan dan permainan mengenai 3R, membuat bakul dari botol dan plastik terpakai, membuat cartoon dari kotak telur, membuat kereta dari straw dan membuat biri-biri dari kapas.

Tujuan program tersebut diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar dengan pengetahuan, kemahiran, nilai dan komitmen untuk menjaga alam sekitar di peringkat awal pendidikan kanak-kanak. Selain itu progarm tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar program diploma UTHM dalam mengurus dan melaksanakan sesuatu program bersama komuniti luar. Kos untuk program tersebut adalah sebanyak RM300.

Membuat Biri-Biri Kapas
Membuat Biri-Biri Kapas

Membuat Bakul Plastik
Membuat Bakul Plastik

Penyampaian Cenderahati
Penyampaian Cenderahati