Profesor Dr. Wahid Razzaly dilantik sebagai Naib Canselor UTHM

Timbalan Naib Canselor (Akademik Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dr. Wahid Razzaly telah dilantik sebagai Naib Canselor UTHM bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 3 Mac 2017...
Naib Canselor

Timbalan Naib Canselor (Akademik Antarabangsa) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Dr. Wahid Razzaly telah dilantik sebagai Naib Canselor UTHM bagi tempoh tiga tahun berkuatkuasa 3 Mac 2017 hingga 2 Mac 2020.

Pelantikan telah dibuat oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Jusoh setelah mendapat perkenan Canselor Universiti, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Pelantikan ini juga selaras dengan Seksyen 12(1) Perlembagaan Universiti.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini disandang oleh Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin yang telah tamat tempoh pelantikannya pada 15 Oktober 2016 yang lalu.

Dikeluarkan oleh:

Timbalan Pendaftar, Pejabat Naib Canselor

3 Mac 2017

#SoaringUpwards #UTHMJohor #TechnicallyAboveTheRest

Categories
Berita Umum

RELATED ARTICLE