Pusat Sukan anjur Kejohanan Bola Keranjang UTHM 2016

Batu Pahat – Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pasukan Bola Keranjang Pelajar (Falcons) telah menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang UTHM 2016 pada 12 dan 14...
Kejohanan Bola Keranjang UTHM 2016

Batu Pahat – Pusat Sukan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Pasukan Bola Keranjang Pelajar (Falcons) telah menganjurkan Kejohanan Bola Keranjang UTHM 2016 pada 12 dan 14 Mei lalu di Gelanggang Bola Keranjang UTHM.

Sebanyak 10 pasukan lelaki dan empat pasukan wanita telah menyertai pertandingan tersebut. Penganjuran kejohanan kali ke-2 ini menyaksikan pencapaian terbaik pasukan iaitu menerusi pasukan Falcons 3 yang meraih johan, pasukan Falcons 1 meraih naib johan dan pasukan Yuzzo yang meraih tempat ketiga bagi kategori lelaki. Manakala pasukan Falcons War meraih johan, pasukan Bumblebee  meraih naib johan dan pasukan Jay-Team meraih tempat ke tiga bagi kategori wanita.

Pengarah Pusat Sukan UTHM, Profesor Madya. Dr. Mohamad Yusri Aman menyampaikan hadiah piala iringan, medal dan sijil bagi setiap kategori dengan diiringi Pengurus Pusat Sukan, Encik Azli Puddin.

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE