Pasukan Sugar Spice juara Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016

Tuah nyata menjadi milik pasukan Sugar Spice selepas muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016 selepas menundukkan pasukan Asics dengan jaringan 7-2 di Gelanggang Serbaguna Kolej Kediaman Tun...
Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016

Tuah nyata menjadi milik pasukan Sugar Spice selepas muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring UTHM 2016 selepas menundukkan pasukan Asics dengan jaringan 7-2 di Gelanggang Serbaguna Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 14 Mei lalu.

Kejayaan tersebut ternyata membanggakan pasukan yang sebahagian besar pemain terdiri daripada atlet bola jaring universiti. Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan UTHM itu disertai 14 pasukan daripada mahasiswi UTHM dan tiga pasukan jemputan iaitu dari Sekolah Madrasah Al-Tarbiyyah, Sekolah Menengah Tun Aminah dan Sek Menengah Dato’ Onn.

Wakil pasukan Sugar Spice, Nur Rasyidah Shamsul Bahari berkata latihan berterusan yang dilakukan secara tidak langsung berjaya memastikan semua pemain berada dalam prestasi terbaik.

“Kekuatan dan semangat berpasukan amat penting bagi mengekalkan prestasi pemain mengharungi setiap peringkat perlawanan hingga pusingan akhir dan memenangi kejohanan ini,” katanya.

Tempat ketiga disandang oleh pasukan Teratai dan tempat keempat disandang oleh pasukan Shakespere. Hadiah kepada pemenang disampaikan Pengarah Pusat Sukan UTHM, Profesor Madya. Dr. Mohamad Yusri Aman. Turut hadir Pengurus Pusat Sukan, Encik Azli Puddin dan Pegawai Belia dan Sukan, Encik Jasnizam Sami.

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE

  • Carilah ubat dalam senaman

    Sebut sahaja ubat pasti ramai terbayangkan kapsul, pil dan doktor. Hanya segelintir dalam kalangan kita yang melihat senaman sebagai fungsi ubat yang mampu mengubati penyakit.  Senaman adalah satu bentuk...
  • PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan

                Legasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan pasukan dan kejayaan sukan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berkembang. Ianya boleh terhasil melalui pelbagai cara dengan...
  • Dua atlet UTHM raih ‘Pesilat Terbaik’ Putra Putri

    BATU PAHAT – Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Putra Syaid Hidayatullah Ramli berjaya meraih Pesilat Terbaik Putra Kategori institut pengajian tinggi (IPT) Tempatan dan Nur...
  • PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

    BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...