Pasukan Hoki & Tenpin Boling UTHM bersaing di Karnival MASUM 2016, UTeM

Pasukan Hoki dan Tenpin Boling pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya membuktikan bahawa universiti ini mampu memberi saingan kepada institut pengajian tinggi awam yang lain apabila...
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Pasukan Hoki dan Tenpin Boling pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya membuktikan bahawa universiti ini mampu memberi saingan kepada institut pengajian tinggi awam yang lain apabila berjaya membawa pulang pingat di Karnival Hoki & Tenpin Boling MASUM 2016 yang berlangsung pada 15 hingga 21 Mei lalu bertempat di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Bagi Pasukan Hoki yang kebanyakkannya dibarisi pemain dan pelapis baru, pencapaian layak ke separuh akhir seterusnya mendapat tempat ke-empat daripada 12 pasukan yang bertanding merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan.
Manakala bagi sukan Tenpin Boling, walaupun tanpa kelibat pemain bertaraf bintang, UTHM telah berjaya memberi saingan yang hebat apabila berjaya merangkul satu pingat perak menerusi acara ‘Single Lelaki’  yang diraih oleh Muhammad Faris Rodzi dan tiga pingat gangsa menerusi acara Beregu Campuran, Berpasukan Lelaki dan Berpasukan Wanita.
Categories
Sukan

RELATED ARTICLE