Pasukan Mendayung Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) merangkul Johan Keseluruhan dengan membawa pulang empat pingat emas, empat pingat perak dan dua gangsa dalam kejohanan UTeM Indoor Rowing Championship anjuran Universiti Teknikal Malaysia (UTeM) yang berlangsung pada 6 hingga 8 Mei baru-baru ini.
Pingat Emas diraih oleh Mohd Zulfadli Bin Rozali (Men Open 2000m), Muhamed Ridhwan Yaacob (Men Open 1000m), Syed Muhammad Iskandar  Putra Syed Abdul Fattah Sallahudin (Men Open 500m) serta Pasukan Men Relay 2000m – UTHM A. Manakala pingat Perak pula diraih oleh Ahmad Fuad Mat Yusoff (Men Open 500m), Syarifah Che Mahadi (Women Open 2000m), Fatin Syahirah Muhamed Yatim (Women Open 500m) dan Pasukan  Men Relay 2000m – UTHM C. Dua pingat Gangsa pula dibawa pulang oleh Sarimatul Aziera  Mohd Azmi (Women Open 500m) dan Pasukan Women Relay 2000m – UTHM A.
Kejohanan yang berlangsung di Pusat Boling Antarabangsa (MITB) Ayer Keroh Melaka ini melibatkan penyertaan kira-kira 150 peserta daripada 11 pasukan yang datang dari Institut Pengajian tinggi awam dan swasta, kelab, persatuan dan juga persendirian.
Sementara itu Naib Johan kejohanan pula disandang oleh pasukan dari Kelab Mendayung Selangor manakala tempat ketiga jatuh kepada Pasukan Mendayung UTeM.