Ketua Setiausaha Negara rasmi bangunan baharu Pejabat Antarabangsa UTHM

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa merangkap Pro Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Antarabangsa dan pelancaran “Global Prominence –...
Pejabat Antarabangsa UTHM
Pejabat Antarabangsa UTHM
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali bin Hamsa merangkap Pro Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pejabat Antarabangsa dan pelancaran “Global Prominence – The Way Forward” anjuran Pejabat Antarabangsa, UTHM pada 5 Mei baru-baru ini.
Untuk rekod Pejabat Antarabangsa yang sebelum ini berlokasi di bangunan B1 terpaksa berpindah ke Bilik Kristal Blok A1 bagi menampung bilangan pelajar antarabangsa yang semakin meningkat di kampus ini. Ini kerana lokasi pejabat tersebut lebih strategik dan sesuai dengan imej pengantarabangsaan UTHM di samping dikelilingi dengan 22 buah bendera negara luar yang mewakili setiap negara pelajar antarabangsa.
Turut hadir ke majlis tersebut Ahli Lembaga Pengarah Universiti, Profesor Madya Dr. Arham bin Abdullah serta Datuk Mat Noor Nawi; Naib Canselor UTHM, Profesor Datuk Dr. Mohd. Noh Dalimin;  Timbalan Naib Canselor, Pendaftar UTHM serta Pegawai-pegawai Kanan universiti.
Tan Sri Dr. Ali telah menandatangani plak perasmian dan buku “Coffee Table Global Prominence-The Way Forward” sebagai simbolik perasmian sambil disaksikan oleh kira-kira 120 pelajar antarabangsa yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut.
Dengan adanya pejabat baharu ini, Pejabat Antarabangsa akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan imej pengantarabangsaan universiti bagi menjadikan UTHM sebagai universiti pilihan utama pelajar antarabangsa.
Categories
Berita Umum

RELATED ARTICLE