Kejohanan Olahraga dan Balapan FPTV tarik penyertaan 9 fakulti

BATU PAHAT – Kejohanan Olahraga dan Balapan anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung pada 24 April baru-baru ini menyaksikan lapan...
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional

BATU PAHAT – Kejohanan Olahraga dan Balapan anjuran Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang berlangsung pada 24 April baru-baru ini menyaksikan lapan rekod kejohanan berjaya dipecahkan oleh atlit-atlit dari sembilan fakulti yang mengambil bahagian.

Sebanyak lapan acara olahraga dan balapan  dipertandingkan iaitu 100 meter , 200 meter, 400 meter , 4 x 100 meter, 4 x 400 meter, lompat jauh, lompat tinggi dan lontar peluru. Daripada lapan rekod kejohanan tersebut, enam darinya merupakan acara bagi  kategori perempuan yang  mana Ruhayza Abdul Rahim telah dinobatkan sebagai olahragawati kejohanan manakala Mohamad Nur Aizat Mohamad Alias pula dinobatkan sebagai olahragawan kejohanan.

Penyertaan ini melibatkan seramai 300 orang pelajar yang  mana 100 orang daripadanya  adalah pelajar daripada FPTV yang mengambil subjek pengurusan ko-kurikulum pada semester ini.

Kejohanan Sukan dan Balapan ini menyaksikan Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) mengungguli temasya berkenaan. Kejayaan itu memperkukuhkan kedudukan pingat dan kiraan mata FKEE di tangga teratas dengan pencapaian keseluruhan dua pingat emas, dan empat perak dengan kiraan mata tertinggi sebanyak 144 mata.

Kejayaan FKEE ini merupakan kejayaan yang pertama dalam sejarah Kejohanan Olahraga dan Balapan. Fakulti lain yang turut memberikan saingan sengit kepada FKEE adalah kontinjen Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) dengan pungutan mata melebihi 42 mata dari Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional sebanyak 86 mata.

Majlis perasmian penutup yang dihadiri kira-kira150 orang itu telah disempurnakan oleh Dekan FPTV, Profesor Madya Dr. Ahmad Esa.

Pemangku Pengarah Pusat Kokurikulum UTHM, Hajah Sarebah Warman berkata kejohanan ini adalah suatu kejayaan yang boleh dibanggakan kerana UTHM menerusi FPTV secara tidak langsung dapat melahirkan guru  berpengetahuan, berkemahiran teknik dan vokasional serta mempunyai pengetahuan pengurusan sukan dan kokurikulum yang tinggi.

“Kejayaan ini juga membuktikan bahawa graduan FPTV adalah graduan yang holistik, seimbang dan bercirikan keusahawanan yang mana pada hari kejohanan tersebut beberapa gerai jualan turut dibuka dan diurus sendiri oleh pelajar,” katanya.

Source: Kejohanan Olahraga dan Balapan FPTV tarik penyertaan 9 fakulti

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE

  • Carilah ubat dalam senaman

    Sebut sahaja ubat pasti ramai terbayangkan kapsul, pil dan doktor. Hanya segelintir dalam kalangan kita yang melihat senaman sebagai fungsi ubat yang mampu mengubati penyakit.  Senaman adalah satu bentuk...
  • PSU UTHM terus memperkasa legasi sukan

                Legasi memainkan peranan yang penting dalam memastikan kesinambungan pasukan dan kejayaan sukan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus berkembang. Ianya boleh terhasil melalui pelbagai cara dengan...
  • Dua atlet UTHM raih ‘Pesilat Terbaik’ Putra Putri

    BATU PAHAT – Dua atlet Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) iaitu Putra Syaid Hidayatullah Ramli berjaya meraih Pesilat Terbaik Putra Kategori institut pengajian tinggi (IPT) Tempatan dan Nur...
  • PSU pelihara sukan tradisi, anjur Kejohanan Sepak Takraw

    BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Sukan Universiti (PSU) sekali lagi menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw Jemputan Malaysian Technical University (MTUN) & ASEAN 2019 pada 3...