Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) UTHM telah menyertai satu lawatan sambil belajar ke Tokyo, Jepun yang melibatkan Kor Siswa-Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dari 10 buah Universiti Awam (UA) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Program anjuran Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ini melibatkan tiga orang wakil dari SISPA UTHM iaitu Kapten Bersekutu (PA) Ahmad Khirul Nizam Ali, Leftenan Muda (PA) Mohamad Iskandar Roslan dan Leftenan Muda (PA) Zahirah Amni Zulkafli. Selain itu, lawatan ini turut melibatkan tiga orang pegawai daripada Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, seorang pegawai daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), 20 pegawai UA dan 10 lagi pegawai Kadet Kor SISPA.

Antara universiti – universiti yang terbabit di dalam rombongan ini ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Sabah, Universti Industri Selangor dan Universiti Kuala Lumpur.

Manakala tempat yang dilawati melibatkan Kedutaan Malaysia di Tokyo, Universiti Antarabangsa Josai, Tokyo Fire Academy, Japan International Cooperation Agency (JICA), Hanazono Elementary School. Tokyo Metropolitan Government dan Ringkai Disaster Prevention Park.

Sepanjang lawatan ini, banyak manfaat dan pengalaman telah diperolehi oleh para peserta di dalam pengurusan bencana. Pelbagai pendedahan telah diberikan kepada semua peserta tentang kaedah terbaik pengurusan bencana di Jepun selain mewujudkan kerjasama strategik baharu dengan agensi pengurusan bencana utama di negara berkenaan.

Source: SISPA UTHM timba ilmu di Jepun