Program “Setitik Darah, Satu Harapan, Sejuta Senyuman” – galakkan Warga UTHM Derma Darah

Setiap titik darah yang disumbangkan adalah amat berharga dan penting dalam misi menyelamat dan merawat pesakit. Bekalan darah diperlukan setiap hari untuk menyelamatkan nyawa pesakit leukimia, penyakit hati, penyakit...
Setiap titik darah yang disumbangkan adalah amat berharga dan penting dalam misi menyelamat dan merawat pesakit. Bekalan darah diperlukan setiap hari untuk menyelamatkan nyawa pesakit leukimia, penyakit hati, penyakit jantung, haemophilia dan sebagainya.
Bekalan darah yang berterusan diperlukan untuk tujuan pembedahan serta semasa proses menyelamatkan mangsa kemalangan. Darah yang diderma akan diuji sebelum disimpan untuk kegunaan pesakit dan diasingkan kepada beberapa komponen yang mampu merawat lebih dari seorang pesakit.
Atas kesedaran inilah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan kerjasama Hospital Sultanah Nora Ismail telah menganjurkan Program Derma Darah pada 1 Disember lalu bertempat di Dataran Anggerik UTHM.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada mahasiswa UTHM menjalankan tanggungjawab mereka untuk menderma darah agar dapat memberi harapan kepada golongan yang memerlukan.
Program derma darah ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada warga UTHM. Atas sokongan padu serta kasih sayang yang diberikan oleh penderma darah dan perkhidmatan profesional dari pihak Tabung Darah Hospital Sultanah Nora Ismail, program ini berjalan ini berlangsung dengan lancar.
Program “Setitik Darah, Satu Harapan, Sejuta Senyuman” yang dianjurkan oleh FKMP dengan kerjasama Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) UTHM ini diharap dapat membawa sejuta senyuman kepada masyarakat.
Oleh:
Jacquelyne Anne Boudeville

Source: Program “Setitik Darah, Satu Harapan, Sejuta Senyuman” – galakkan Warga UTHM Derma Darah

Categories
KesihatanSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE