Pusat Teknologi Maklumat telah meningkatkan kualiti perkhidmatan Wifi melalui Projek Penggantian Infrastruktur Internet Tanpa Wayar fasa pertama yang telah dilaksanakan pada tahun ini. Ini merupakan salah satu Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang perlu dicapai oleh Pusat Teknologi Maklumat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Projek fasa pertama ini melibatkan lokasi tumpuan pengguna Wifi yang tinggi. Di antara lokasi yang telah dikenal pasti untuk pemasangan Wireless Access Point baharu adalah tertumpu di Perpustakaan Tunku Tun Aminah dan sebahagiannya di KolejKediaman Universiti serta kawasan umum. Di antara lokasi pemasangan Wireless Access Point baharu yang terlibat dalam projek fasa pertama ini adalah :
i.      Perpustakaan Tunku TunAminah
ii.     Dewan Seminar Blok B3 (kawasan umum)
iii.    Arked Kompleks Kuliah G3 (kawasan umum)
iv.     Dewan Terbuka / Perhentian Bas / ATM (kawasan umum)
v.      Stadium Bola Sepak / Gymnasium (kawasan umum)
vi.     Dewan Sultan Ibrahim
vii.    Kolej Kediaman Tun Syed Nasir
viii.   Kolej Kediaman Tun Dr Ismail
ix.     Kolej Kediaman Tun Fatimah
x.      Kolej Kediaman Perwira
Selain itu, projek fasa pertama ini juga melibatkan Sistem Pengurusan Internet Tanpa Wayar yang membolehkan Pusat Teknologi Maklumat melaksanakan perancangan, pengurusan dan pemantauan infrastruktur Internet Tanpa Wayar universiti. Sistem ini dilengkapi dengan teknologi Visual RF  yang menggunakan kaedah Heatmap bagi mengetahui kawasan liputan Wifi secara visual. Dengan adanya system ini, perancangan dan pengurusan infrastruktur Internet Tanpa Wayar universiti dapat dilaksanakan secara sistematik dan efisyen.

Source: Kemudahan Wifi di UTHM Dipertingkat