UTHM terima 2276 Pelajar Baharu Program Ijazah Sarjana Muda

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima seramai 2276 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi 2014/2015 pada hari pertama pendaftaran yang berlangsung pada 1 September baru-baru...
mhs 2014
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima seramai 2276 orang pelajar baharu bagi program Ijazah Sarjana Muda sesi 2014/2015 pada hari pertama pendaftaran yang berlangsung pada 1 September baru-baru ini.
Daripada jumlah tersebut, 1010 terdiri daripada pelajar lelaki manakala 1266 lagi adalah pelajar perempuan. Untuk semester ini, UTHM juga menerima pelajar dari luar Negara seperti dari Yemen, Somalia, Palestin dan Bangladesh.
Kesemua pelajar yang mendaftarkan diri ini akan mengikuti pelbagai kursus yang ditawarkan oleh lapan fakulti iaitu Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan, Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Fakulti Teknologi Kejuruteraan  dan Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan.
Bagaimanapun, jumlah pendaftaran pelajar dijangka akan terus meningkat sehingga tempoh rayuan berakhir.
Pelajar-pelajar baharu tersebut akan menginap di kolej-kolej kediaman yang disediakan oleh pihak universiti dan mereka diwajibkan mengikuti Minggu Haluan Siswa (MHS) yang dijadual berlangsung selama seminggu.
mhs 2014dsc_0091
Categories
Berita Umum

RELATED ARTICLE