Malaysia (UTHM), satu majlis penyerahan tugas telah diadakan pada 26 Jun baru-baru ini bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail, UTHM.

Mantan Komander RELASIS, tuan Haji Sulam Hamid menamatkan jawatan sebagai Komander kerana telah bersara wajib pada 22 Mei lalu. Sepanjang tempoh perkhidmatannya dengan RELASIS, Haji Sulam amat dikagumi kerana beliau mempunyai keazaman yang tinggi dan sentiasa memberi komitmen yang jitu terhadap program-program yang dijalankan. Justeru, majlis penghargaan ini diadakan sebagai tanda terima kasih tidak terhingga atas segala jasa yang telah dicurahkan oleh beliau.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Pesuruhjaya RELA, TPjR Kamaruddin Mohd Rapig selaku wakil rasmi Ketua Pengarah RELA Malaysia. Hadir sama, Pengarah RELA Negeri Johor iaitu TPjR Hj Zaini Bin Hj. Jamari; Timbalan Pesuruhjaya Kanan RELA Negeri Johor, TPjKR Aziz Makon; Pegawai-pegawai Kanan RELA dari Ibu Pejabat RELA Malaysia, Ibu Pejabat RELA Negeri Johor dan Pegawai-pegawai RELA Daerah seluruh Negeri Johor; Timbalan Komander (Bahagian Operasi), Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA (PPjR), Profesor Madya Kamarudin Khalid; Pengarah Pusat Kokurikulum, Profesor Madya Dr. Ahmad Bin Esa, Superintendent (Kehormat RELA) UTHM serta staf dan pelajar RELASIS UTHM.

Turut diadakan, penyampaian Simbolik Penyerahan Tugas daripada Penolong Pesuruhjaya Kanan Kehormat RELA (PPjKR), Haji Sulam Hamid kepada Penolong Pesuruhjaya Kehormat RELA (PPjR), Profesor Madya Kamarudin Bin Khalid. Manakala, pemakaian pangkat Kehormat Bersekutu turut disempurnakan oleh TPjR Kamaruddin Mohd Rapig, Pengarah Bahagian Pembangunan Dan Pasukan kepada Haji Sulam Hamid.  Majlis turut diserikan dengan sambutan ulang tahun kelahiran Pengarah RELA Negeri Johor iaitu TPjR Haji Zaini Haji Jamari yang ke 59 tahun.

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih di atas segala titik peluh, usaha, sumbangan, jasa bakti dan sokongan padu yang berterusan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung khususnya kepada RELASIS UTHM.  Semoga kemesraan seumpama ini, akan berterusan tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

relasis