Pelajar UTHM Terpilih Misi Sukarelawan Ke Vietnam

Mohamad Zhairul Iqumal Jumari, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terpilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Malaysia (YSS) Green Summer Volunteer...
iqumal

Mohamad Zhairul Iqumal Jumari, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah terpilih menyertai Misi Sukarelawan Siswa Yayasan Sukarelawan Malaysia (YSS) Green Summer Volunteer Campaign di Vietnam pada 13 Julai hingga 10 Ogos 2014 yang melibatkan Daerah Nha Be dan Wilayah Long An di Vietnam.

Green Summer Volunteer Campaign adalah salah satu daripada lima kempen utama digerakkan oleh Ho Chi Minh City Youth Union dan Persatuan Pelajar Vietnam bertujuan memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan rakyat negara itu. Malaysia adalah negara tunggal di luar Vietnam yang diundang untuk turut terlibat dalam misi tahunan berkenaan.

Muhamad Zhairul Iqumal sebelum ini pernah menyertai Misi Sukarelawan YSS ke Batang Lupar, Sarawak bersama tiga orang pelajar UTHM yang lain pada 23 Mac sehingga 5 April 2014.

Datuk Zuraidah Atan, Pengerusi YSS melalui Berita Harian bertarikh 7 Julai 2014 berkata Misi kali ini lebih mencabar kekuatan fizikal dan mental kerana mereka akan menjalani ibadat puasa dan menyambut Aidilfitri di negara berkenaan.

“Selama sebulan di negara itu, peserta perlu menetap bersama keluarga angkat dan menjadi Duta Kecil Malaysia di sana. Selain menjalin dan mengeratkan hubungan persahabatan serta jaringan dengan masyarakat di sana, peserta turut berpeluang mempelajari adat serta amalan masyarakat Vietnam yang menjadikan kerja sukarelawan sebagai satu budaya,” katanya.

Sebelum menyertai misi tersebut, Mohamad Zhairul Iqumal perlu mengikuti Pre-Departure Training selama tiga hari di Akademik Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Bandar Enstek, Negeri Sembilan yang diadakan pada 9 hingga 11 Julai 2014.

Peluang Mohamad Zhairul Iqumal Jumari mengikuti misi sukarelawan ke Vietnam ini diharap dapat menggalakkan lagi budaya sukarelawan dalam kalangan pelajar UTHM dalam membantu masyarakat di peringkat komuniti, daerah, negeri, negara dan di peringkat antarabangsa.

iqumal

Categories
AntarabangsaSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE