Malam Amal dan Kebudayaan Tiong Hua 2014 berjaya Kutip Dana RM14 000

Malam Amal dan Kebudayaan Tiong Hua 2014 mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya mengutip dana sebanyak RM14 000 melalui jualan pas masuk untuk didermakan kepada Pusat Dialisis Kelab Rotary Batu...
malam-tiong-hua
Malam Amal dan Kebudayaan Tiong Hua 2014 mencatatkan sejarahnya tersendiri apabila berjaya mengutip dana sebanyak RM14 000 melalui jualan pas masuk untuk didermakan kepada Pusat Dialisis Kelab Rotary Batu Pahat.Program anjuran Sekretariat Perpaduan Biro Kebudayaan Tiong Hua UTHM dengan kerjasama Kelab Rotary Batu Pahat selaku penaja utama ini diadakan bertujuan untuk memperkenalkan kebudayaan pelbagai etnik di Malaysia kepada mahasiswa-mahasiswi dan masyarakat tempatan, di samping mengalakkan masyarakat untuk melakukan sumbangan amal.Ahli Parlimen Ayer Hitam, Yang Berhormat Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong telah menyempurnakan upacara perasmian program tersebut yang berlangsung di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada 26 April baru-baru ini.

Seramai 2000 orang hadirin termasuk para pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di sekitar Parit Raja dan masyarakat setempat hadir memeriahkan program tersebut.
Turut hadir, Pengarah Pusat Perumahan dan Pengangkutan Pelajar (P2P), Profesor Madya Dr Ahmad Rizal Madar selaku wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (HEPA); Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr. Hashim Saim; Pengarah Pusat Hemodialisis Kelab Rotary Batu Pahat, P.P. Christina Chin serta pegawai-pegawai kanan UTHM.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai acara menarik seperti drama, tarian tradisional Melayu, India dan Cina, Tarian Singa, Gendang 24 Musim, Orchestra Cina serta Diabolo (Yoyo Cina).
UTHM mengucapkan tahniah dan Syabas kepada ahli jawatankuasa Sekretariat Perpaduan Biro Kebudayaan Tiong Hua kerana berjaya menyempurnakan program ini dan mengharumkan nama universiti di peringkat kebangsaan.

 

malam-tiong-hua

malam-kebudayaan-tionghua-2014

 

malam-kebudayaan-tionghua-2014a
Picture : Dr Wee Ka Siong魏家祥

Categories
Hubungan IndustriKesenian dan KebudayaanSosial , Kebajikan dan Masyarakat

RELATED ARTICLE