Penarafan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dalam Webometrics pada Januari 2014 terus meningkat apabila telah berjaya menduduki tempat ketiga daripada 92 buah institut pengajian tinggi (IPT) Malaysia bagi kriteria Presence Rank,dan merupakan IPT ke 89 daripada 22000  dalam ranking dunia.

Pencapaian ini seterusnya telah meletakkan UTHM di ranking ke 2055 di peringkat IPT dunia, iaitu di kedudukan ke 12 dalam Malaysia. Bermula Januari 2009 lagi, UTHM telah berada pada kedudukan ke 4491 di peringkat dunia dan seterusnya meningkat tahun demi tahun.

Penarafan Webometrics merupakan sistem penarafan akademik IPT  yang dijalankan sebanyak dua kali setahun oleh Cybermetric Lab iaitu sebuah kumpulan penyelidik terbesar dari Sepanyol. Penilaian yang dibuat dipecahkan kepada beberapa kriteria iaituPresence, Impact, Openness dan Excellence.

Kriteria Presence dinilai berdasarkan  jumlah halaman yang diperolehi menerusi enjin carian Google, Impact pula dinilai melalui pautan masuk yang diterima dan diperolehi daripada Majestic SEO dan ahrefs. Manakala Opennes dinilai mengikut kepelbagaian jenis fail seperti .pdf, .doc, .docx, .ppt, .pptx yang terdapat di Google Scholar dan Excellence pula dinilai berdasarkan jumlah penulisan ilmiah yang diterbitkan oleh High Impact International Journals. Info lanjut layarihttp://www.webometrics.info/en/asia/malaysia%20.

Penarafan Webometrics ini merupakan pengiktirafan dunia terhadap penulisan serta penerbitan ilmiah dan saintifik yang dihasilkan oleh sesebuah institusi. Kejayaan UTHM dalam penarafan ini melambangkan usaha gigih dan komitmen yang berterusan untuk terus maju dan berdaya saing.