Seoul, Korea:  Pusat Wayarles dan Sains Radio (WARAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menyertai pertandingan inovasi di Seoul International Invention Fair (SIIF 2013) yang diadakan di COEX Hall, Gangnam Gu, Seoul pada  29 Disember 2013.

Dalam pertandingan yang melibatkan lebih 700 penyertaan merangkumi 32 buah negara itu, produk yang diwakili oleh kumpulan penyelidik Pusat WARAS yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Yusof Ismail yang bertajuk “Frequency Selective Reflector for Radio Communications” telah dianugerahkan Semi Grand Prize yang merupakan anugerah kedua tertinggi dalam pertandingan  inovasi tersebut.

Produk inovasi yang dimenangi ini telah dijalankan menerusi kolaborasi  penyelidikan bersama Institute of Space Technology (IST), Islamabad, Pakistan.
Kejayaan yang diraih oleh kumpulan penyelidik WARAS dalam SIIF 2013 ini membuktikan pengiktirafan hasil kajian dan inovasi berasaskan industri Pusat WARAS, UTHM di peringkat antarabangsa.

Oleh : Hairul Nizam Tukimin