Mohd Zulfadli Bawa Nama UTHM Dalam Sukan Rowing Peringkat Dunia

Tahun 2013 merupakan tahun kegemilangan buat Mohd Zulfadli bin Rozali, atlet mendayung (rowing) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kerana telah banyak mencipta kejayaan dalam dunia sukan tersebut. Beliau...
row-zulfadli

Tahun 2013 merupakan tahun kegemilangan buat Mohd Zulfadli bin Rozali, atlet mendayung (rowing) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) kerana telah banyak mencipta kejayaan dalam dunia sukan tersebut. Beliau yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional antara atlet UTHM yang telah beraksi di Kejohanan Sukan Universiti Dunia (UNIVERSIADE) 2013 yang telah berlangsung di Kazan, Russia dan World Rowing Championship 2013 yang berlangsung di Chendju, Korea Selatan. Penyertaan beliau dalam kedua-dua kejohanan ini telah berjaya menempatkan beliau di ranking ke-22 dunia bagi acara Men Single Scull Light Weight.

Kejayaan beliau di peringkat antarabangsa berjaya menjulang nama UTHM sebagai pelopor pembangunan sukan mendayung peringkat IPT dan kebangsaan. Beberapa siri kejayaan beliau banyak membantu pasukan UTHM mencipta koleksi kejayaan seawal penglibatan beliau dalam sukan ini. Selain daripada menyertai kejohanan jemputan peringkat antarabangsa, beliau juga telah menyumbangkan pingat emas dalam acara Single Scull dan pingat perak dalam acara Men’s Boat 8+ dalam kejohanan Varsity Boat Race 2013 yang telah membantu Pasukan Malaysia meraih Juara Keseluruhan dalam kejohanan tersebut.

Mohd Zulfadli Rozali juga telah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA 2013 yang telah berlangsung di Myanmar baru-baru ini bersama seorang lagi atlet UTHM iaitu Syed Muhammad Iskandar Putra.

Syed Muhammad Iskandar Putra merupakan atlet yang sedang mencipta nama dalam sukan ini telah membantu kontinjen SUKMA Terengganu meraih 2 pingat emas dalam SUKMA 2013.

Semoga dengan kejayaan yang diraih ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di UTHM dan seterusnya melestarikan UTHM dalam dunia sukan IPT.

Disediakan oleh :

Shaid bin Jaffar

 

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanSukan

RELATED ARTICLE