Pasukan UTHM Paddlers Kekal Juara Keseluruhan Karnival Sukan Air MASUM 2013

Karnival Sukan MASUM dan Sukan Air MASUM 2013 yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2013 bertempat di UIAM Gombak Selangor selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan MASUM...
uthm-paddlers1

Karnival Sukan MASUM dan Sukan Air MASUM 2013 yang telah berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2013 bertempat di UIAM Gombak Selangor selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan MASUM Fasa I dan II. Manakala UTM selaku tuan rumah bagi Karnival Sukan Air MASUM 2013 bertempat di Pusat Latihan Mendayung Kebangsaan Empangan Batu Hulu Yam Selangor.

Karnival Sukan Air MASUM 2013  menyaksikan kehebatan Pasukan UTHM Paddlers berjaya mengekalkan rentak dayungan untuk muncul juara keseluruhan bagi kategori  Mendayung Wanita apabila berjaya membawa pulang 2 pingat emas dan 2 pingat perak untuk dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Bagi Ketegori Wanita buat kali ke 3. Pasukan mendayung lelaki pula gagal mengekalkan Piala Pusingan Juara Keseluruhan apabila pendayung utama Pasukan UTHM Paddlers saudara Mohd Zulfadli Rozali tidak dapat beraksi pada kali ini bagi mewakili Malaysia ke World Rowing Championship 2013 di  yang berlangsung di Chendju, Korea Selatan. Secara keseluruhan Karnival Sukan Air MASUM 2013 bagi acara mendayung lelaki dan wanita serta acara kayak lelaki dan wanita, Pasukan UTHM telah berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 5 pingat perak dan 5 pingat gangsa.

Pada Temasya Sukan MASUM 2013 kali ini Pasukan UTHM telah menghantar sebanyak 18 pasukan sukan yang terdiri daripada pasukan lelaki dan wanita bagi menyertai kejohanan yang melibatkan dua fasa I dan II. Pada kejohanan MASUM 2013 kali ini dua acara yang baru diperkenalkan iaitu acara menembak dan petanque bagi memperkenalkan serta mempopularkan sukan ini dikalangan pelajar IPTA. Dua acara ini telah membantu pasukan UTHM menambah koleksi pingat apabila berjaya membawa pulang 1 pingat emas bagi acara menembak dan 1 perak menerusi acara petanque. Secara keseluruhan pasukan UTHM telah berjaya membawa pulang 3 pingat emas yang disumbangkan oleh pasukan pencak silat, boling padang dan menembak manakala 3 pingat perak pula disumbangkan oleh pasukan pencak silat, petanque dan taekwando serta 10 pingat gangsa disumbangkan oleh pasukan pencak silat, takraw, taekwando, karate-do dan boling padang.

Disediakan oleh:

En. Shaid bin Jaffar

Pusat Sukan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Categories
Anugerah, Pencapaian dan PengiktirafanSukan

RELATED ARTICLE