4000 peserta meriahkan UTHM Student Games (USG) 2013 Kali Ke-17

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah UTHM Student Games (USG) 2013 kali ke-17 baru-baru ini telah berlangsung dengan meriah bertempat di stadium UTHM telah di sempurnakan oleh YBhg. Prof....
UTHM-Student-Games-(USG)-2013

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah UTHM Student Games (USG) 2013 kali ke-17 baru-baru ini telah berlangsung dengan meriah bertempat di stadium UTHM telah di sempurnakan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Amir Hashim bin Mohd. Kassim, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UTHM juga turut disertai oleh pegawai-pegawai kanan universiti serta diiringi oleh Pengurus Pusat Sukan UTHM, En. Azli bin Puddin dan Pengarah Program Kejohanan, Saudara Andikasaputra bin Junaidi. Artis jemputan I am Neeta, persembahan kebudayaan dan percikan bunga api turut memeriahkan majlis perasmian penutup tersebut.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Pusat Sukan dan diadakan setiap tahun ini turut disertai oleh 4000 orang pelajar yang mengambil bahagian dalam 20 jenis sukan yang dipertandingkan melibatkan kategori lelaki dan wanita. Kejohanan ini juga turut melibatkan ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada pasukan-pasukan sukan UTHM, ahli jawatankuasa sukan kolej kediaman dan sukarelawan yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti.

Objektif kejohanan ini diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk menjadi pelapis dan mewakili universiti dalam kejohanan tertentu pada masa akan datang. USG adalah satu platform yang terbaik untuk para pelajar menunjukkan bakat yang ada untuk diserap dalam skuad Elit Pasukan Universiti, sesuai dengan nama kejohanan yang baru memasuki tahun ke-2 penggunaanya, UTHM Student Games (USG) yang dahulunya dikenali dengan nama Karnival Sukan Pelajar, ianya adalah untuk melahirkan semangat yang baru dan menginginkan sesuatu yang lebih segar dalam penganjurannya pada tahun ini.

Sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penganjuran UTHM Student Games 2013 sebagai titik permulaan kebangkitan dalam usaha Pusat Sukan untuk melahirkan jagoan-jagoan sukan negara dikalangan mahasiswa dan mahasiswi di IPTA seluruh negara selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan 30 peratus atlit negara dikalangan mahasiswa dan mahasiswi universiti.

Disediakan oleh : Shaid Jaffar

 

Categories
Sukan

RELATED ARTICLE