Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengeluarkan pemakluman bahawa tarikh bagi hari pengundian Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UTHM 2013/2014 adalah pada 28 November 2013 (Hari Khamis). Sebanyak 14 lokasi telah dipilih untuk dijadikan tempat membuang undi.

Sehubungan dengan itu Hari Penamaan Calon akan diadakan pada 19 November 2013 (Hari Selasa) di Dewan Tunku Ismail Ibrahim (DTII), manakala semakan daftar pemilih pula boleh dibuat di fakulti/pusat pengajian dan di kolej-kolej kediaman mulai 21 hingga 26 November 2013.

Notis Pemilihan MPP 2013/2014 akan ditampal di lokasi-lokasi umum mulai 15 November 2013 (Hari Jumaat). Seluruh mahasiswa/mahasiswi UTHM digesa untuk menunaikan tanggungjawab memilih pemimpin ini dengan penuh bijaksana, amanah dan tertib.

Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam